Sunday 21 July 2013

TERMA & SYARAT JAMINAN PRODUK


  1. Tempoh percubaan produk ialah 10 HARI SAHAJA  selepas tarikh pembelian dan resit dikeluarkan. Jaminan wang 100% dikembalikan jika tidak berpuashati terhadap produk kami.
  2. Jaminan wang 100% dikembalikan kepada pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk kami. Namun begitu, produk mestilah dikembalikan dalam keadaan seperti berikut:
    1. Alat MP-R dipulangkan dalam keadaan asal (tanpa patah, rosak, pecah atau sebagainya)
    2. Produk dipulangkan dalam keadaan pembungkusan asal (kotak dan plastik tidak terkoyak atau sebagainya)
  3. Untuk pelanggan yang ingin memulangkan kembali produk kepada kami, produk perlu dikembalikan dalam tempoh 3 HARI SAHAJA selepas tamat tempoh 10  hari percubaan dari tarikh pembelian. Manakala wang anda akan dikembalikan/di bank in ke dalam akaun anda dalam tempoh 2 HARI selepas produk diterima (tertakluk kepada syarat no.2 di atas.)
  4. Waranti produk sah selama 18 bulan selepas tempoh percubaan diberikan selama 10 hari seperti di atas.
  5. Skop waranti merangkumi perkara berikut:
    1. LED tidak berfungsi dengan baik
    2. Faktor kegagalan pemasangan produk 
  6. Waranti SERTA - MERTA akan TERBATAL dengan sendirinya sekiranya:
    1. Jika nombor siri yang dilekatkan pada alat MP-R terpadam atau hilang.
    2. Jika sebarang terma di dalam kad waranti diubah atau diolah.
  7. Permintaan/permohonan untuk pembaikan produk dalam tempoh waranti tidak akan dilayan sekiranya pelanggan gagal untuk mengemukakan kad waranti tersebut sebagai rujukan.

Perhatian Penting Kepada Pengguna MaxPower Revolution

Jangan buka atau ubahsuai MP-R untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan waranti terbatal.
Jaminan produk selama 18bulan dengan penukaran 1-1
Produk ini hanya boleh digunapakai pada kenderaan yang berkuasa voltan 12V saja.
Jangan mencabut MP-R atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kenderaan dipandu.
Semasa memandu pastikan lampu LED pada MP-R menyala dengan baik, Jika tidak periksa soket suis pencucuh samada ia terlonggar.
Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kenderaan masing-masing.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Design Blog, Make Online Money